Paradigm Mall PJ lancar kempen Riang Ria Retro Raya
22 March 2024
 
PETALING JAYA: Sempena kedatangan Aidilfitri, Paradigm Mall Petaling Jaya mencipta kelainan dengan mengembalikan nostalgia sekitar era 1960an hingga 1990an menerusi pelancaran kempen “Riang Ria Retro Raya”.
 
Sempena pelancarannya baru-baru ini, pusat beli-belah di bawah pengurusan WCT Malls Management Sdn Bhd itu meraikan kira-kira 30 tetamu dari Persatuan Ibu-Ibu Tunggal dan Rumah Anak-Anak Yatim Nur Hikmah.
 
Mereka turut dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional serta melihat bengkel interaktif pembuatan sampul duit Raya sebelum diraikan dalam majlis berbuka puasa istimewa tajaan Wood & Grill by Mohd Chan.
 
Pengurus Besar Paradigm Mall Petaling Jaya Penny Yaw berkata sebagai pusat beli-belah komuniti, pihaknya berhasrat memupuk semangat kebersamaan dalam masyarakat terutama melibatkan golongan kurang bernasib baik dan menyemarakkan semangat Ramadan.
 
“Kami berbesar hati meraikan dan menjadi tuan rumah kepada anak-anak dan ibu Nur Hikmah yang kurang bernasib baik di pusat beli-belah kami pada Ramadan yang mulia ini,” katanya.
 
WCT Malls Management turut menyampaikan ‘duit raya’ kepada anak yatim terbabit.
 
Sempena kempen “Riang Ria Retro Raya”, beberapa persembahan telah diatur bermula hujung minggu pada 23 Mac hingga 21 April untuk mengimbau semula suasana Hari Raya pada era 1960an hingga 1990an antaranya tarian memori raya, tarian retro dan Kompang Adik Beradik.
 
Untuk kanak-kanak, mereka berpeluang bertemu maskot Ana Muslim pada hujung minggu terpilih selain menyertai peraduan Kostum Sampul Duit Raya dan Bakat Retro berlangsung 31 Mac dan 7 Apr yang menawarkan hadiah sehingga RM1,050.
 
Pengunjung yang juga ahli WCT Buddy juga boleh menantikan penebusan perayaan edisi terhad, seperti pembesar suara bluetooth tanpa wayar, sampul duit Raya dan pelapik gelas selepas pembelian di pusat beli-belah terbabit.
 
Bagi ahli Buddy, penebusan ini tersedia dengan pembelian minimum RM150, RM250 dan RM350, masing-masing maksimum dalam dua resit manakala bukan ahli pula layak untuk penebusan menerusi pembelian bernilai RM250 dan seterusnya dalam maksimum dua resit.
 
Pengunjung juga dijemput menyertai cabutan bertuah hujung minggu yang menawarkan peluang memenangi hadiah bernilai keseluruhan RM50,000 jika melakukan pembelian di pusat beli-belah berkenaan dari Isnin hingga Jumaat.
 
Sebagai tanda sokongan kepada masyarakat, ia juga menawarkan tempat letak kenderaan percuma sehingga 2 jam pada hari bekerja (antara 4 petang hingga 8 malam) hingga 12 Apr ini.
 
Click here to read original article from freemalaysiatoday.com.
Latest Newsroom
11/26/2024
Berita Harian