Inisiatif CSR WCT ‘Brightening Lives’ Tingkat Pendidikan bagi Kanak-Kanak di BJCK
14 November 2024
Ketua Pegawai Operasi (Pembangunan Hartanah WCT Holding Bhd) Chong Wah Hing (lapan kanan belakang) bersama Timbalan Pengarah Buku Jalanan Chow Kit ( BJCK ) Muhammad Afiq Mohammad Rodzi (lapan kiri belakang) bergambar kenangan selepas merasmikan pelancaran Inisiatif CSR WCT Gives ' Brightening Lives' di Chow Kit di sini hari ini.
 
KUALA LUMPUR, 14 NOVEMBER 2024 - Syarikat pemegangan pelaburan WCT Holdings Bhd (WCT) telah melancarkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) terbarunya “Brightening Lives” bagi menyokong usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Buku Jalanan Chow Kit (BJCK) meningkatkan sumber pendidikan di samping mewujudkan persekitaran pembelajaran yang banyak menyokong kanak-kanak di Chow Kit, di sini. 
 
Ketua Pegawai Operasi (Pembangunan Hartanah) Chong Wah Hing berkata inisiatif itu bertujuan menyediakan pelajar BJCK dengan sumber dan persekitaran yang lebih lengkap bagi kanakkanak berkenaan menghadapi masa depan. 
 
 
“WCT menyumbang RM57,000 bagi penyediaan buku, bahan pendidikan, dan sokongan untuk menaik taraf dan membaiki kemudahan penting seperti tingkap, pintu, tandas, dan sistem elektrik di pusat BJCK.
 
“Menerusi tonggak WCTGives - #EducationforAll kami, kami percaya usaha CSR ini akan memberi manfaat kepada lebih 100 kanak-kanak, mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dan selamat untuk pembelajaran dan perkembangan mereka,” katanya semasa pelancaran inisiatif WCTGives “Brightening lives” di sini hari ini. 
 
Sementara itu Pengarah Urusan Kumpulan WCT Datuk Lee Tuck Fook berkata WCT komited untuk menangani jurang pendidikan yang dihadapi oleh masyarakat kurang bernasib baik dan membina masyarakat lebih inklusif yang meningkatkan taraf kehidupan kanak-kanak, melalui kerjasama dengan entiti kepimpinan masyarakat seperti BJCK. 
 
“Menerusi inisiatif WCTGives ‘Brightening Lives’ kami mengesahkan komitmen untuk menyampaikan sumbangan yang berkesan kepada komuniti setempat dengan mengasuh kanak-kanak dan menyediakan ruang yang selamat untuk mereka membesar dan bermain,” katanya. 
 
 
Hari ini inisiatif CSR meraikan pelancaran pusat yang dinaik taraf itu bersama-sama sukarelawan pekerja WCT di BJCK, menghubungkan lebih 30 murid sekolah rendah melalui permainan pendidikan seperti 'Pictionary' dan 'Colour Coordination'
 
WCT turut terlibat dengan Artisan Malaysia, sebuah kumpulan yang terdiri daripada artis tempatan untuk melukis mural bertajuk “BJCK-The Journey” di pusat itu, menambahkan lagi kemeriahan dan warna pada ruang pembelajaran yang disediakan. 
 
Pengarah Eksekutif BJCK Amin Khalili mengucapkan terima kasih terhadap sokongan WCT itu. 
 
“Kami amat berterima kasih kepada WCT kerana menyokong visi BJCK untuk memperkasakan kanak-kanak kurang bernasib baik ini dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk membina mata pencarian mampan dan menjalani kehidupan yang memuaskan. 
 
“Di BJCK misi kami adalah untuk melindungi hak semua kanakkanak dan belia yang berisiko dengan menyediakan ruang yang selamat, persekitaran yang baik, dan akses kepada peluang positif dan holistik yang membolehkan mereka mencapai potensi penuh,” katanya. 
 
 
WCTGives merangkumi tiga teras teras utama, iaitu #WeCareTogether, #EducationforAll, dan #AGreener Tomorrow, yang masing-masing memfokuskan kepada program yang memperkayakan kehidupan masyarakat, memberikan sokongan pendidikan kepada golongan yang kurang bernasib baik, dan memelihara alam sekitar. – BERNAMA
 
Click here to read original article from Bernama