WCT Peroleh Kontrak Pembinaan Bernilai RM214 Juta Daripada Kwasa Land
15 July 2024
 
KUALA LUMPUR, 15 JULY 2024 - WCT Bhd (WCTB) anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd, memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM214 juta daripada Kwasa Land Sdn Bhd. 
 
Kontrak itu adalah untuk membina kerja-kerja infrastruktur dan laluan bawah tanah di Pembangunan Perbandaran Kwasa Damansara, Selangor.
 
Syarikat pembangunan hartanah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, WCTB telah melaksanakan dan menerima surat lantikan bagi kerja-kerja itu, yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan mulai 1 Ogos 2024.
 
"Kerja-kerja di bawah kontrak itu merangkumi, antara lain, pembersihan tapak, kerja perobohan, kerja tanah, kerja geoteknik, kerja jalan, struktur jambatan, struktur laluan bawah tanah, kerja saliran, retikulasi air, kerja pembetungan, kerja mekanikal dan elektrikal, pembaikan sungai dan kerja penyelenggaraan rutin,” tambahnya.
 
Click here to read original article from Bernama.