WCT dapat kontrak RM249.74 juta bina lorong tambahan PLUS di Johor
20 June 2024
 
KUALA LUMPUR: WCT Holdings Bhd memperoleh kontrak bernilai RM249.74 juta untuk membina lorong tambahan bagi projek pembesaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Yong Peng (Utara) ke Senai (Utara) Fasa 1: Senai (Utara) - Sedenak (Pakej A).
 
Kontrak itu antara lain meliputi pembersihan tapak, kerja perobohan, kerja tanah, kerja perparitan, kerja turapan, tanda jalan dan kerja geoteknik, kata WCT dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.
 
Kerja-kerja di bawah kontrak itu dijangka siap dalam tempoh 36 bulan mulai 28 Jun 2024, katanya.
 
Click here to read the original article from Berita Harian Online.
 
Latest Newsroom
11/22/2024
The Star Online