Siswa UiTM tanam 1,000 pokok bakau
13 May 2024
Alam sekitar merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana mempunyai peranannya tersendiri.
Kita sebagai penghuni di muka ini perlu bersama-sama melestarikan alam sekitar agar terus terpelihara untuk generasi akan datang.
Oleh yang demikian, seiring dengan sambutan Hari Bumi 2024, Persatuan Rakan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Student Chapter (RAS UiTM SC) telah menganjurkan program Penanaman 1,000 Pokok Bakau 1 RAS 1 Pokok.
Program itu bertujuan memupuk kesedaran dan kepedulian terhadap kelestarian alam sekitar, khususnya di Selangor.
Program yang diadakan di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Jeram, Kuala Selangor itu dijayakan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Canon Opto, WCT Holdings Berhad dan Samsung Electronics.
Mengambil impak yang signihkan, program itu menjadi mercu tanda dalam usaha memupuk kesedaran dan kepedulian terhadap kelestarian alam sekitar. khususnya di Selangor.
Pengarah program, Amani Nisa Ahmad Fazly berkata, pelaksanaan program itu merupakan langkah praktikal untuk menggalakkan kesedaran dan tindakan positit terhadap kelestarian alam sekitar.
Menurutnya, peserta bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai kelestarian ekosistem pokok bakau, malah dapat menyihatkan tubuh badan peserta terlibat.
"Seperti ungkapan popular generasi zaman kini, healing'' iaitu interaksi langsung dengan alam semula jadi juga mempunyai kesan positit terhadap kesejahteraan mental dan emosi peserta.
“la juga memberikan pengalaman yang bermakna dan membangun kepekaan terhadap keindahan alam sekitar.
"Kejayaan program ini menjadi contoh terbaik bagaimana kerjasama bersepadu daripada pelbagai pihak dapat memberikan impak besar terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar,” katanya.
Tambah Amani Nisa, dia berharap program itu akan terus diperkukuhkan dan dijadikan contoh bagi inisiatif serupa pada masa akan datang.
Dengan penglibatan lebih 130 orang peserta termasuk mahasiswa UiTM Shah Alam, sukareLawan dan wakil masyarakat setempat, program itu berhasil mencapai matlamat utamanya iaitu menanam 1,000 anak pokok bakau.
Penanaman bakau bukan sahaja memberi impak positif kepada alam sekitar secara keseluruhan, malah menyokong inisiatif nasional iaitu Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.
Menerusi program itu, para peserta termasuk mahasiswa dan masyarakat setempat telah diberi peluang untuk memperoleh pengalaman praktikal dalam penyemaian anak pokok bakau.
Hal ini tidak hanya memperkukuhkan hubungan antara manusia dan alam, malah memberi asas yang kukuh kepada usaha pemuliharaan alam sekitar pada masa hadapan.
Selain dari aspek penyemaian anak pokok bakau, program itu juga memberi penekanan kepada kepentingan menjaga flora dan fauna terutama dalam konteks hutan paya bakau.
Dengan adanya program itu, peserta diberi peluang untuk memahami betapa pentingnya kepelbagaian biologi di ekosistem pantai.
Namun, kejayaan program tersebut tidak hanya terletak pada pencapaian matlamat penanaman bakau sematamata. Ini kerana, usaha yang dilakukan itu turut memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan pokok bakau dalam pemeliharaan alam sekitar.
Program itu turut menganjurkan akt iviti tambahan seperti Kutip Sampah Sambil Riadah (Kudah) yang bertujuan untuk menggalakkan kesedaran tentang kebersihan alam sekitar.
Pendedahan berkenaan penting untuk menggalakkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan mengelakkan kemusnahan ekosistem yang semakin serius.
Sementara itu, penasihat RAS UiTM SC, Ts. Nur Ain Mohd. Zainudin menjelaskan, program tersebut penting untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar, khususnya kelestarian hutan paya bakau.
Katanya, dengan melibatkan mahasiswa dan masyarakat setempat, program itu tidak hanya menanam pokok bakau, malah menyampaikan pesanan penting tentang tanggungjawab kita terhadap alam sekitar.
"Kesesuaian program ini dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) yang dirangka oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan kesungguhan UiTM dalam menyokong agenda pembangunan mampan,” jelasnya.
Click
here to read the original article from Kosmo.