Penyiapan Terminal Baharu LTSIP Fasa Satu Tanda Peristiwa Penting Bagi WCT
13 May 2024
LTSIP
 
KOTA BHARU -- Terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu dilaporkan telah mula beroperasi pada 1 Mei lalu.
 
Kontraktor projek pembesaran, WCT Bhd. dalam kenyataan di Facebook berkata persiapan fasa satu LTSIP itu telah menandakan peristiwa penting buat syarikatnya.
 
"Tahniah kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Lapangan Terbang Malaysia (MAHB) atas pembukaan fasa satu terminal baharu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, Kelantan!
 
"Sebagai kontraktor utama projek ini, penyiapan fasa satu LTSIP menandakan peristiwa penting bagi WCT dalam meningkatkan infrastruktur lapangan terbang," tulisnya pada Isnin.
 
Meskipun belum siap sepenuhnya, namun terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan pada terminal fasa satu itu.
 
"Kemudahan yang telah siap termasuk bangunan terminal fasa satu dengan ruang istirahat khusus VIP, 14 kaunter daftar masuk, sistem pengendalian bagasi dan tiga jambatan udara.
 
"Ia juga termasuk tempat letak kereta bertingkat, pencawang, DVOR, sistem instrumentasi pendaratan dan laluan teksi iaitu Taxiways E dan L dan parkir Apron," jelasnya.
 
Sementara itu, syarikat itu turut menzahirkan rasa teruja untuk melaksanakan baki fasa projek berkenaan.
 
"WCT teruja untuk melaksanakan baki fasa projek dan terus meningkatkan pengalaman penumpang di LTSIP," ujarnya.
 
Difahamkan juga, terminal yang berpangkalan di Pengkalan Chepa itu dijangka mampu menampung kapasiti antara 1.5 juta kepada 4 juta penumpang setiap tahun.
 
Click here to read original article from siakapkeli.my. 
 
Latest Newsroom
11/22/2024
The Star Online