Notis ini dikeluarkan kepada anda oleh dan/atau bagi pihak WCT Holdings Berhad, syarikat-syarikat yang berkaitan*, ahli-ahli gabungan dan entiti-entiti lain dalam kumpulan syarikat WCT (selepas ini dirujuk sebagai "Kumpulan WCT") selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Dalam notis ini "kami" merujuk kepada mana-mana syarikat dalam Kumpulan WCT.
Sumber dan Deskripsi Data Peribadi
Kami telah mengumpul dan/atau akan mengumpul data peribadi seperti yang dizahirkan oleh/dikumpul daripada anda yang, bergantung kepada maksud yang mana anda menzahirkan data tersebut, mungkin termasuk butir-butir peribadi anda (seperti: nama, tarikh lahir, jantina, bangsa, nombor kad pengenalan/pasport, status perkahwinan, kewarganegaraan), butir-butir hubungan anda serta maklumat pendidikan, profesional, pekerjaan, kewangan, keluarga, perubatan, data biometrik anda dan/atau apa-apa maklumat lain yang anda maklumkan kepada kami. Sesetengah data peribadi anda juga mungkin telah kami perolehi dari rekod-rekod awam, penerbitan media dan/atau pihak ketiga yang berhak dibawah undang-undang (pada masa penzahiran) untuk menzahirkan Data tersebut (Secara kolektif dirujuk dalam Notis ini sebagai "Data" anda).
Maksud dan Penzahiran
Data anda sedang atau akan diproses untuk maksud-maksud yang mana ia telah dizahirkan oleh anda, seperti membolehkan kami membuat pertimbangan untuk memasuki kontrak dengan anda, untuk memenuhi obligasi-obligasi kontrak kami kepada anda dan/atau untuk menawarkan atau membekalkan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda. Tambahan juga, Data anda juga sedang diproses atau akan diproses bagi membolehkan kami untuk mentadbirkan hubungan kontrak kami dengan lebih baik dan/atau untuk memberikan anda maklumat mengenai Kumpulan WCT serta mengenai aktiviti, produk dan/atau perkhidmatannya, untuk menguruskan hal-hal berkaitan penyewaan termasuk menjalankan proses pengesahan Kenali Pelanggan Anda (KYC), usaha wajar, penilaian kredit dan pemulangan hutang, dan apa-apa maksud lain yang berkaitan dengan ini. (Secara kolektif dirujuk dalam Notis ini sebagai "Maksud").
Bagi Maksud tersebut, Data anda mungkin akan dizahirkan kepada syarikat lain di dalam Kumpulan WCT atau ejen-ejen, wakil-wakil, penasihat-penasihat profesional dan/atau perunding-perunding kami, pemberi perkhidmatan pihak ketiga dan/atau pembekal utiliti, kontraktor, pembekal dan/atau penjual dan juga kepada pihak-pihak berkuasa kerajaan, tempatan, pengawal yang berkaitan dan pihak-pihak lain yang kami berpendapat perlu untuk memenuhi Maksud yang dinyatakan di atas.
Akses, Pembetulan, Siasatan dan/atau Aduan
Anda berhak untuk meminta akses kepada Data anda dan untuk meminta untuk mengemaskini atau membetulkan Data anda. Untuk meminta akses atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan/atau aduan mengenai Data anda dan/atau cara ia diproses, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Korporat di 03-7806688 atau menghantar e-mel kepada pdpa@wct.my (Sila ambil perhatian bahawa pdpa@wct.my tidak bertujuan untuk sebarang urusan tender dan/atau perolehan dengan mana-mana syarikat dalam Kumpulan WCT.) Sila ambil perhatian bahawa anda akan diminta untuk memberikan maklumat untuk mengesahkan identiti anda. Ia juga akan membantu kami jika anda boleh memberikan nama syarikat Kumpulan WCT yang (atau yang anda percaya sedang) memproses Data anda.
Persetujuan dan Pilihan anda
Kecuali untuk Data yang perlu bagi kami melaksanaan kontrak antara kami (yang mana anda perlu memberikan Data anda dan sekiranya gagal berbuat demikian akan menyebabkan anda melanggari perjanjian kontrak dan/atau akan menghalang kami daripada memasuki kontrak dengan anda atau melaksanakan obligasi kontrak kami kepada anda), anda boleh memilih sama ada untuk memberi atau enggan memberi Data anda dan (jika telahpun diberikan) boleh memilih sama ada untuk membenarkan, atau untuk menarik balik atau menghadkan kebenaran anda kepada kami untuk mengumpul dan/atau memproses Data anda seperti di atas. Jika anda tidak bersetuju atau ingin menarik balik atau mengehadkan kebenaran anda untuk pengumpulan dan/atau pemprosesan Data anda seperti di atas, sila lengkapkan Borang Tarikan Balik di sini.
Pemindahan data peribadi ke tempat di luar Malaysia
Kami boleh memindahkan Data anda ke tempat di luar Malaysia dan dengan ini anda telahpun bersetuju terhadap pemindahan tersebut.
Terima Kasih.
Untuk dan bagi pihak
Kumpulan WCT
B-30-01,
The Ascent, Paradigm,
No. 1, Jalan SS7/26A, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
*WCT Holdings Berhad, WCT Berhad, WCT Equity Sdn Bhd, KKKBWCT Joint Venture Sdn Bhd, WCT Overseas Sdn Bhd, WCT Group Sdn Bhd, WCT TSR Sdn Bhd, WCT Construction Sdn Bhd, WCT International Sdn Bhd, Intraxis Engineering Sdn Bhd, WCT Machinery Sdn Bhd, WCT Products Sdn Bhd, W Facade Sdn Bhd, WCT Land Sdn Bhd, WCT Assets Sdn Bhd, WCT Acres Sdn Bhd, Gabungan Efektif Sdn Bhd, WCT Properties Sdn Bhd, Gemilang Waras Sdn Bhd, Jubilant Courtyard Sdn Bhd, Camellia Tropicana Sdn Bhd, WCT Malls Management Sdn Bhd, Urban Courtyard Sdn Bhd, Platinum Meadow Sdn Bhd, Atlanta Villa Sdn Bhd, WCT Perkasa Sdn Bhd, One Medini Sdn Bhd, Pioneer Acres Sdn Bhd, Kekal Kirana Sdn Bhd, WCT Hartanah Jaya Sdn Bhd, WCT Pioneer Development Sdn Bhd, WCT F&B Management Sdn Bhd, Segi Astana Sdn Bhd, Jelas Puri Sdn Bhd, WCT Land Resources Sdn Bhd, BBT Hotel Sdn Bhd, BBT Mall Sdn Bhd, WCT Malls E-Shop Sdn Bhd, Labur Bina Sdn Bhd, Labur Bina Management Sdn Bhd, WCT Green Sdn Bhd, WCT Premier Development Sdn Bhd, WCT OUG Development Sdn Bhd, Paradigm Mall Management Sdn Bhd, Skyline Domain Sdn Bhd, Subang Skypark Sdn Bhd, Skypark FBO Malaysia Sdn Bhd, Skypark RAC Sdn Bhd, Cahaya Ria Sdn Bhd, Vista Glory Sdn Bhd, Paradigm REIT Management Sdn Bhd
To read English version, click here